Ahli Kimia Modern Jabir Ibn Haiyang


Beliau dikenali sebagai ahli kimia Geber dan hidup pada zaman pertengahan. Tersohor sebagai bapa ilmu kimia moden dan digelar sebagai al-Harrani dan al-Sufi.

Nama penuhnya ialah Abu Musa Jabir Ibn Haiyan. Sumbangan terbesar beliau dalam perkembangan ilmu kimia ialah mempelopori kaedah kajian secara eksperimental dan seterusnya merintis jalan kearah ilmu kimia moden.

Beliau telah menyediakan 100 karangan yang termasyhor termasuk 22 berkenaan kimia silam. 

Beliau telah membina asas kukuh perkembangan kimia moden melalui penyempurnaan teknik - teknik saintifik dalam proses penghabluran, penyulingan, pengerasan, pemejalwapan dan pemeruwapan serta penciptaan pelbagai radas bagi tujuan berkenaan.

Istilah kimia adalah berasal dari perkataan Arab 'al-kimya'

Bidang ini mula dirintis dan dikembangkan serta di pelopori oleh saintis muslim.

Penemuan terpenting beliau adalah dalam penyediaan pelbagai galian dan asid buat pertama kalinya dengan menggunakan alat penyuling yang diciptanya.

Beliau telah membukan jalan dalam bidang kimia gunaan. Antaranya termasuklah penyediaan pelbagai logam tulen, mewarna kain, menyamak kulit, menyampang kain tidak telus air, pencampuran mangan dioksida dalam penghasilan kaca, bahan anti-karat, tulisa bercerap emas, pelbagai jenis car dan gris.  

Semasa dalam usaha perintisan ini beliau telah menemui 'aqua regia' cairan pelarut yang boleh melarut emas. 

Beliau telah mendirikan Pustaka Jabir yang mengandungi sejumlah besar himpunan buku buku dan kitab kitab.

Selain ilmu kimia beliau turut menyumbang kepada sains perubatan dan ilmu astronomi.

Diantara buku buku kimia karangannya ialah Kitab al-kimya dan kitab al-sabeen telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin dan Eropah lain. Terjemahan ini amat terkenal selama beberapa kurun lamanya di Eropah dan memberi pengaruh besar dalam perkembangan ilmu kimia moden. Memetik kata kata Max Mayerhoff "Perkembangan ilmu kimia di Eropah boleh disusurkan terus kepada Jabir Ibn Haiyan.

 

Comments