Suatu pengalaman baru dengan Satu Daerah Satu Industri


Ahad 6hb. Disember 2015
MITC, Melaka

10 Tahun Cemerlang sudah ShowCase Satu Daerah Satu Industri diadakan semenjak tahun 2006, dan saya sungguh terkagum dengan kemajuan yang dicapai. Dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ShowCase ini disokong oleh Kerajaan Malaysia, Kerajaan Melaka serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

ShowCase SDSI yang berlangsung dari 3hb. hingga 6hb. Disember 2015 di MITC, Ayer Keroh, Melaka, telah memenuhi citarasa seisi keluarga, dan memperkasakan usahawan SDSI serta dimeriahkan oleh artis-artis jemputan.

Masih terbayang khemah yang besar seketika saya tiba di situ jam lebih kurang 11.30 pagi Ahad yang lalu.
Menu Malaysia cukup indah dan berselera dan saya sempat merakam video untuk dikongsikan dengan tajuk YouTube, Satu Daerah Satu Industri – SDSI 2015.




Menarik dengan makanan Pahang, Pais Ikan Patin Tempoyak dari Pahang memang sedap dan jus nenas dari Johor berasa lazat. Dari Perak, Tunjuk Langit, Tongkat Ali, Misai Kucing, Daun Durian Belanda dan lain-lain lagi merupakan ilmu pengetahuan atas produk kesihatan.

Jarang sekali zaman ini ialah peluang untuk melihat cara mengayam buluh, mengayam tudung saji dengan daun Pokok Sal dan Orang Sabah mengayam tikar.

ShowCase SDSI merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh MITI selaras dengan peranan Kementerian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja promosi, pemasaran, dan pembangunan keusahawanan SDSI di bawah Jawatankuasa Penyelarasan SDSI Peringkat Nasional yang diketuai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Suatu acara yang dapat menghimpunkan usahawan-usahawan SDSI seluruh Negara, ShowCase tersebut memperkenalkan:

-Pemadanan Perniagaan
-500 Booth Pameran
-Pelbagai Aktiviti Tarikan
-Program Jumpa Pembeli
-Seminar Keusahawanan
-Klinik Keusahawanan
-Menu Malaysia

ShowCase Satu Daerah Satu Industri mula diperkenalkan pada 2006 dan berfaedah kepada pengunjung dari dalam dan dari luar Negara.

Di Klinik Usahawan, pelbagai Kementerian, Jabatan, Agensi dan Institusi Kerajaan member khidmat nasihat mengenai kemudahan pinjaman, geran, dan lain-lain kepada pengunjung. SDSI menjadi suatu saluran member peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana untuk mewujudkan jaringan perniagaan dengan pembeli, pengedar, agen pemasaran dan pasar raya besar serta meningkatkan peluang peniagaan dan perluasan pasaran PKS.

Suatu pengalaman yang terbaik dari sudut keusahawanan telah diperolehi daripada pameran tersebut.


Post a Comment

Popular Posts