Royal Pudding – Pahang’s Signature Dessert




Asal usul sajian ini hanyalah untuk kerabat DiRaja Pahang sewaktu pemerintahan Sultan Abu Bakar. Menjadi sajian umum pada akhir 1990an.

Mereka adalah generasi ke-4 yang masih membuat sajian pencuci mulut ini. Mereka mewarisi resipi daripada tok yang bekerja sebagai tukang masak di Istana Sa’adah (Kg. Mengkasar).

Puding DiRaja ini adalah sajian istimewa bagi penduduk daerah Pekan. Ianya sesuai juga dijadikan:

-Hantaran pengantin.
-Pencuci mulut dimejai pengantin.
-Jamuan atau kenduri kepada tetamu.
-Cenderahati ketika berkunjung ke Pahang.
-Hamper atau Door Gift.

Produk Mereka

Bahan asas untuk membuat pudding ini adalah pisang lemak manis (hanya didapati di daerah Pekan), buah prune, ceri dan gajus. Jala mas yang dibuat daripada kuning telur dihias diatasnya. Ianya lebih menyelerakan dimakan dengan menyejukkan kuahnya dahulu.

Puding Raja 1.0 kg – sesuai untuk 10 orang.
Puding Raja 0.5 kg – sesuai untuk 5 orang.
Puding Raja 110 gm – untuk 1 orang sahaja.
Puding Raja Mini – minimum 50 bekas.

Produk Sampingan

-Puding Buih
-Puding Merdeka/Kastard
Puding Bahulu/Bahulu
Temosa Frozen/Sambal Hitam
Rempah Opor & Opor Frozen
Lemang Periuk Kera – minimum 50 biji

Mereka juga menerima pelbagai bentuk mangkuk kaca daripada tuan-puan untuk dihias dengan Puding Raja. Tempahan awal 3 hari sebelum tarikh penghantaran beserta deposit.

Hubungi :
Aidy Adnan : 019 95055050
Azhani Mahmud : 019 9855010

Instagram/PudingRaja

Lokasi :

Bengkel Puding Raja
No 13 Jalan Tok Tuan
Kg Mengkasar
26600 Pekan
Pahang
Dibuka setiap hari 24/7 (3.8084271,103.3848201)

Kedai Royal Pudding
Bangunan Hotel Embassy
Jalan Hj Abd Aziz
Kuantan
Dibuka dari jam 11.00 pagi – 5.00 petang setiap hari kecuali Isnin. (3.2027367,101.7512385)

Bazaar Ramadan Mahkota Square
Bersebelahan Masjid Besar Sultan Ahmad.
Gerai kawan terletak berdekatan dengan Taman Kerang setiap tahun bulan puasa. (3.8056384,103.327806)


Mereka juga membuat penghantaran dengan bas ke Perhentian Pekeliling, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang.
Post a Comment

Popular Posts