PM China melawat Melaka



Melaka
Ahad 22hb November 2015

"Lawatan buat julung kali Li itu bakal menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan digemari oleh rakyat negara China", kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron.

Lebih kurang pada 5.30 petang, Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan barisan EXCO kerajaan negeri telah menyambut Perdana Menteri China, Li Keqiang di Hotel Swiss Garden. Li pun melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Lawatan Li akan memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama, sekali gus menyumbang kepada kerancakan pembangunan ekonomi dan pelancongan di Melaka.

Li bersama isterinya, Cheng Hong melahirkan rasa minat yang mendalam dengan kemajuan hubungan kerjasama yang dicapai antara Melaka dengan Guangdong.

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut berjumpa dengan Li di San Shu Gong di Jonker Walk di mana hidangan durian chendol dipuji oleh delagasi China.
Post a Comment

Popular Posts