Program Biodiesel Melaka

Program Biodiesel Melaka adalah projek komuniti hijau yang dimulakan oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk menguruskan sisa minyak masak dan menggalakan penggunaan biodiesel dalam sektor pengangkutan.

Program ini telah dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 22 November 2011.

Objektif Program

Untuk mengurangkan "Carbon Footprint" dalam sektor pengangkutan di Melaka melalui penggunaan biodiesel pada kenderaan, penjana elektrik dan mesin.

Bagi mewujudkan kesedaraan tentang kemudaratan kesihatan akibat penggunaan minyak masak kitar semula.

Bagi mewujudkan kesedaraan mengenai isu-isu halal yang mungkin timbil daripada minyak masak kitar semula yang diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak dapat dikenal past.

Bagi mewujudkan kesedaran mengenai keperluan bagi penjagaan alam sekitar akibat daripada pembuangan sisa minyak masak ke dalam longkang dan perparitan setempat.

Sebab mengapa anda perlu terlibat dalam program ini

Kesihatan

Penggunaan minyak masaiak kitar semula boleh mendatangkan berbagai kemudaratan kepada kesihatan pengguna, contohnya penyakit kanser.

Halal

Minyak masak yang dikitar semula mungkin mengandungi bahan-bahan tidak halal jika sisa minyak masak diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak dikenal pasti.

Kos

Pihak berkuasa tempatan akan menanggung kos tambahan untuk membersihkan gris-gris yang mengakibatkan longkang tersumbat.

Pencemaran

Pembuangan sisa minyak masak ke dalam longkang akan mencemarkan saluran peparitan dan menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa tempatan yang ditugaskan dengan pembersihan longkang yang tersumbat.

Persekitaraan

Biodiesel adalah satu alternatif kepada bahan api fosil dan penggunaan pada kenderaan, penjana elektrik dan mesin menggalakkan konsep kitar semula untuk memulihara dan memelihara sumber bumi kita yang berharga.

"Carbon Footprint"

Penggunaan biodiesl boleh membantu mengurangkan "carbon footprint" dalam sektor pengangkutan yang secara langsung berkait rapat dengan cita-cita kerajaan Negeri Melaka menjadi Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020.

Penggunaan Biodiesel

Biodiesel telah diiktiraf sebagai alternatif kepada bahan api fosil.

Biodiesel boleh digunakan dalam mana-mana engin diesel tanpa sebarang pengubahsuaian atau pengubahan.

Biodiesel mendapat permintaan yang tinggi untuk mengurangkan "carbon footprint" dalam sektor pengangkutan.

Biodiesel B10 telah disahkan selamat oleh banyak pengeluar kereta dan waranti tidak terjejas.

"Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri Bandar Teknologi Hijau"

Comments