Nasi Lemak Ujong Pasir | Melaka



Pada pagi ini suasana amat bahagia kerana hari ini adalah Hari Keputeraan Baginda. Daulat Tuanku.

Oleh kerana hari ini adalah hari cuti umun, bersama isteri, kita menuju ke kedai ini kat Ujong Pasir di persimpangan nak masuk ke Portuguese Settlement.

Amboi, I suka melihat ketupat sebiji-sebiji bergantung di gerai roda tiga yang boleh ditonton dalam video di atas. Selain daripada itu, yang tertarik perhatian saya ialah kelapa serundingnya, cukup lazat dan sedap jika ditabur atas ketupat bersambal. Habis menjilat I akan makan dengan secawan kopi.

Saya hanya mampu berkongsi sedikit-sebanyak di sini sahaja tetapi dengan jasa baik kamu, bertambah ramai akan dapat tahu gerai ini jika kamu sudilah berkongsi dengan telefon bimbit kamu melalui Google+ atau Tweet ataupun Facebook Like.

Selamat beristeri-rehat.
Post a Comment