Fiesta Motor Vintaj & Klasik Melaka


Saya cukup gembira pada malam Sabtu, haribulan 3, April 2014 kerana pada keesokan hari tersebut, adanya suatu pameran motorsikal klasik dan vintaj akan berlangsung di Dataran Kota Laksamana di mana terletaknya the Eye Of Malaysia pada suatu tempoh dahulu.

Puas-puas menunggu semasa lebih kurang dua minggu, saya memastikan bateri kamera saya berkuasa penuh supaya tidak pulak hampa semasa saya berada di pameran esok hari.

Amboi, saya kerja cepat-cepat pada pagi Sabtu dan jam tepat satu tengahari, tanpa membuang masa, saya terus menuju ke tempat tersebut.

Sempat tiba pada waktu 1.55 tengahari, saya pun kunjungi pameran tersebut dengan kamera di tangan kanan. Cukup menarik, saya menekan butang berturut-turut demi merakam gambar dan video pada kebanyakan motorsikal yang jarang sekali dapat di lihat di atas jalanraya kita. Inilah satu-satunya peluang bagi saya untuk sedaya-upaya meliputi benda-benda vintaj dan klasik di situ. Perserta-perserta di pameran tersebut datang sejauh Singapura.

Di sini, berkongsilah video di atas dengan anak-anak anda dan sahabat-andai supaya minda mereka dapat terdedah kepada kepada alam vintaj dan klasik.

Nikmatilah video ini dan terima kasih banyak kerana berkongsi video ini dengan kawan-kawan mu.

Salam sejahtera dari Orang Melaka.


Post a Comment