Al-Fatihah “YTM Tunku Bendahara Kedah Mangkat’

Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Alhaj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah mangkat pada jam 12.20 pagi di Ipoh.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir dalam satu kenyataan berkata, jenazah almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Bukit, Alor Setar bagi penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat asar.

Bendera negeri, Persekutuan dan lain-lain akan dikibarkan pada separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama tiga hari sehingga 23 Mei dengan semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Dalam kenyataan tersebut, turut menyebut ialah tempoh berkabung selama tujuh hari mulai 21 Mei hingga 27 Mei.


Comments